Monday, 20 November 2017

CUMA LUAHAN

ASSALAMUALAIKUM

Macam lama dah tak masuk blog. Tak dapat nak masuk blog hari2 sebab tak sure kenapa tak boleh nak buat new entry n @ new blog. Sebab alamat email untuk blog tak valid. Pelik jugak.

Tapi takpe la. Untuk ni, saya just buat dekat sini. Sebab dah tak boleh nak simpan lagi. Nak luahkan jugak. Sape yang baca entry ni, saya mohon maaf ye. Sebab just luahan hati saya.

Hari ni Selasa, maksudnya dah 2 hari aku tak bercakap dengan dia. Dia means my husband.
Tak tau kenapa hati ni rasa nak berat sangat untuk mintak maaf. Tapi aku memang tak bersalah!!

PUNCANYA???

Semua jadi masa hari ahad lepas. Dia kena bekerja waktu 2. Ok, aku boleh terima. Sebabnya minggu lepas ahad pun dia kena kerja. Aku boleh faham situasi dia sebab memang sekarang byk company tengah buat sale.

Tapi yang aku sangat2 marah bila mana dia janji lain, buat lain. Dia janji nak keluar petang tu. Tapi aku dengan anak2 tunggu dia sampai pkl 7. Ko rase happy ke nak marah time tu??
Lepas tu bila anak2 dia cakap nak keluar, dia siap cakap kalau nak keluar cepat2. Nanti pukul 9 dah start Gegar Vaganza. WTF???????\

Ko balik pukul 7 lebih, nak tengok Gegar Vaganza pukul 9. Ko rasa sempat ke nak keluar sejam lebih?? WTF ?????
Ko rase aku nak happy giler time 2 sebab nak keluar tergesa2????
AKU SAKIT HATI GILER2 TIME TU!!!!

Aku rasa marah yang teramat. Aku pergi bilik air, nangis sepuas2nya. Sebab bila aku tengah marah sangat2, aku hanya boleh nangis sahaja. Aku susah nak marah direct. Dari dulu lg kalau aku marah, memang air mata aku akan jatuh.

Aku tak tahu dah nak rase ape sekarang ni. Kenapa dia susah sangat nak wassup aku bg tau balik lambat. So tak perlu aku nk tunggu. Padahal dia dah baca wassup aku pukul 2lebih, tapi 1 repy pun xde. Bila da petang aku wassup dia tanya kenapa tak balik lagi, dia sekadar bagi location pada aku menunjukkan dia dah berada di Puchong. Susah sangat ke nak reply bagi tau lambat balik???

Dulu masa sebelum kahwin, aku selalu kena marah sebab lambat reply mesej. Ataupun tak jawab kol. Sekarang ni dah kahwin, anak dah 2 org. wassup pun payah nak bagi, apatah lg kol. Kecewa sikit pasal 2 sebab perubahan sikap dia.

Tapi ntah kenapa waktu dia balik lambat ritu, aku syak dia pergi tengok wayang. Sebab pertama aku syak macam 2, dia dah 2, 3 ari sebelum tu selalu cakap nak tengok wayang. Yelah, ade bpe citer best sekarang tengah keluar kat wayang. Dia selalu cakap macam 2 sambil gelak2, Aku tau dia selalu gurau macam 2. Tapi disebabkan dia yang xde wassup bg tau pape, dan kelewatan dia selama 3 jam lebih 2 buat aku syak dia pergi tengok wayang.

Sekarang ni hati aku macam dah tawar betul. Macam dah tak peduli langsung pasal ape2. Dulu, aku merajuk n marah sekejap je, Tak sampai sehari aku leh move on balik, Tapi kali ni, aku dah tak kisah lagi. Dah 2 hari aku tak tengok muka dia, tak bercakap langsung. Hati aku memang sakit.

Korang jangan salah faham ye. Entry ni memang khas luahan hati aku. Hati yang tengah sakit.
OK. Sampai sini je aku punya luahan perasaan. Kena luah beb. Kalau tak hati korang takkan lega dan bertambah2 sakit. Luah la dekat mana2 tempat yang boleh buatkan hati korang rasa lebih lega. Inn shaa Allah, Tuhan akan permudahkan semuanya. AMINN...

P/S: Bukan nak malukan or aibkan sesiapa. Ini cuma luahan hati aku yang tengah terluka. Apa2 pun, aku tetap saying suami aku. Harap2 suami aku arini pujuk2 la aku, Kalau dia pujuk, aku leh cair woooo.....................hahahahahaha

No comments:

Post a Comment